Perjelas kenapa tarif air tinggi, bukan janji beri percuma, Khaled beritahu Muhyiddin


Perjelas kenapa tarif air tinggi, bukan janji beri percuma, Khaled beritahu Muhyiddin

Baca selanjutnya di: https://pakdin.my/155681 -

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan punca tarif air tinggi di Johor dan dikatakan tertinggi dalam negara, bukan sekadar menawarkan air percuma sebagai janji pilihan raya, kata Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, isu tarif air yang tinggi juga sudah berlarutan sekian lama dan perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Ini adalah masalah yang telah berlarutan sekian lama, dampak penswastaan sistem bekalan air Johor secara berperingkat bermula 1992. Semua ini akhirnya menyebabkan satu perjanjian konsesi pengedaran bekalan air dimeterai dengan Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) pada 1999 untuk selama selama 30 tahun.

“Menteri Besar Johor pada 1992 adalah Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional sekarang. Mungkin beliau wajar tampil menjelaskan perkara ini,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Khaled berkata, pemberian air percuma sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“PN seperti tidak ada modal lain untuk ditawarkan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, melalui Belanjawan Johor 2021, kerajaan Johor telah melaksanakan Skim Pemberian Air Percuma sebanyak 10 meter padu kepada golongan B40.

“Malah, semasa saya menjadi Menteri Besar pada 2013, kerajaan Johor telah menaikkan pemberian rebat air daripada 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL