[Video] Asap tebal cetus suasana panik di Pavilion


[Video] Asap tebal cetus suasana panik di Pavilion

Sumber: https://pakdin.my/157987 ......

KUALA LUMPUR – Asap tebal yang menyelubungi sebuah restoran di tingkat satu, pusat beli-belah Pavilion mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak bersama beberapa jentera telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati, asap tebal berpunca dari sebuah restoran di tingkat satu pusat beli-belah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran berjaya dipadam sendiri selepas ‘Sprinkler Head’ telah pecah disebabkan bahang yang terhasil dari kebakaran tersebut.

“Kita juga difahamkan, kebakaran mula berlaku di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan selepas dimaklumkan sendiri pemilik restoran tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL