Najib dakwa hutang kerajaan bertambah ketika Muhyiddin jadi PM


Najib dakwa hutang kerajaan bertambah ketika Muhyiddin jadi PM

Selanjutnya di: https://pakdin.my/156823 -

Dia antara punca utama masalah, dia pula nak mengaku prihatin nak selesaikan masalah yang diwujudnya.

Beberapa hari lalu, Abah kau mengaku kerajaan PN semasa dia PM banyak berbelanja duit untuk bantu Rakyat.

Sebelum itu, dia pernah kata kerajaan tidak ada banyak duit lagi untuk bantu rakyat setelah berbelanja RM600 bilion dari rizab yang dibina masa BN dan juga melalui hutang baharu sehingga hutang naik lebih RM320b dari RM686b ke lebih RM1.04 trilion.

Lepas itu, dia tanya kenapa saya persoalkan isu ini dan mendakwa saya hina penerima bantuan semasa Covid.

Tidak. 

Dari mula pandemik, saya memang mahu bantuan kepada Rakyat mencukupi.

Dari mula pandemik juga, saya antara orang pertama yang cadangkan guna kaedah cash is king, meminta moratorium pinjaman, meminta pengeluaran khas dari KWSP, meminta moratorium untuk sewa rumah serta pejabat dan sebagainya - malah diminta pada 17 Mac 2020 - iaitu sehari sebelum PKP pertama dilaksanakan.

Tapi apa yang Abah kau perlu faham ialah pentadbirannya semasa dia berada dalam kerajaan PH dan PN yang menyebabkan kerajaan kurang duit dan rakyat lagi susah sehingga jumlah hutang ditambah, jumlah dana yang dikorek dari tabung-tabung kerajaan dan jumlah bantuan yang TERPAKSA diberi adalah berpunca dari mereka.

Selepas PRU14:

- dia juga antara mereka yang turun jalan raya untuk batalkan GST - satu keputusan yang menteri kewangan kerajaan PN dan dia pun mengaku adalah satu kesilapan besar yang telah menghadkan kemampuan untuk bantu rakyat.

- ekonomi teruk apabila satu persatu pelabur lari dari. Pertumbuhan KDNK negara dan jumlah pelaburan asing yang sering antara paling tinggi di ASEAN sebelum PRU14 jatuh ke antara paling rendah.

- ekoran ekonomi merudum, pendapatan Rakyat juga terkesan dan hasil kerajaan dari cukai korporat serta cukai peribadi turut turun.

- pasaran saham Malaysia yang mencapai tahap tertinggi dalam sejarah sebelum PRU14 terus menjunam dan menjadi pasaran saham dengan prestasi antara paling corot dalam dunia.

- Dividen-dividen dan Hibah ASB, Tabung Haji, LTAT jatuh teruk berbanding sebelum PRU14 dan memberi tekanan lebih besar kepada pendapatan tahunan Rakyat Malaysia.

- Darurat serta PKP bersambung PKP separuh masak antara tempoh paling lama dalam dunia dilaksanakan untuk elak parlimen berlangsung begitu lama sehingga rakyat hilang mata pencarian untuk begitu lama sehingga ramai bunuh diri dan naikkan bendera putih.

Biarpun begitu lama tempoh lockdown tapi sebab ianya separuh masak, kadar kes Covid serta kematian Covid berbanding saiz penduduk menjadi paling tinggi di ASEAN dan antara paling tinggi dalam dunia.

Dari Raya puasa ke raya haji, kita dikurung sebab tak mahu parlimen bersidang. 

Berkali-kali disuruh buat amat ketat tapi singkat, dia tak mahu. Orang tutup pintu depan, mereka buka pintu belakang pula. 

Sehingga Raja-raja Melayu perlu bersidang untuk titah pada kerajaan PN untuk parlimen bersambung.

Semua ini berlaku. Semua adalah fakta.

AKIBATNYA::

- hutang bertambah RM320b (46%) dalam masa yang begitu singkat dan had hutang kerajaan terpaksa dinaikkan dua kali dari 55% ke 60% dan kini ke 65% - sehingga kita diturunkan penarafan dari gred A ke gred B semasa dia PM.

- Rizab tunai Petronas yang dibina dari RM30b sehingga RM176b semasa saya PM dijarah berterusan mereka - sebanyak RM150b diambil dalam masa 4 tahun.

- RM19.5 bilion dikeluarkan dari tabung KWAP untuk membayar pencen oleh kerajaan PH dan PN sejak tahun 2018. Semasa saya PM, kerajaan tak pernah keluarkan satu sen pun dari tabung ini. Malah jumlah aset Tabung naik berganda dari RM30 bilion ke lebih RM140 bilion.

- Nilai aset bersih Khazanah yang dibina masa saya PM dan pengerusi Khazanah dari RM30b ke RM116b jatuh ke RM79b pada tahun 2020 setelah aset berpuluh bilion Ringgit yang memberi pulangan yang baik setiap tahun dijual kerajaan PH dan PN.

Aset yang beri pulangan baik, kamu jual? Ada akal ke?

- RM15b juga dikeluarkan dari Tabung KWAN biarpun satu sen tidak pernah dikeluarkan semasa saya PM di mana nilai tabung naik RM4b ke RM17b.

Jadi, kamu antara mereka yang sebabkan ekonomi negara tenat dan Rakyat susah, lalu kamu tambah hutang, korek rizab serta tabung-tabung kerajaan dibina masa BN untuk "bantu" Rakyat yang disusahkan korang?

Lalu mengaku prihatin dan tuduh saya tidak prihatin sebab kamu "bantu" Rakyat?

Kamu susahkan dan kamu pula nak jadi hero?

Siapa pula nak bayar balik hutang dibuat kamu dan siapa pula nak ganti dana tabung-tabung kerajaan yang dikorek kamu?

Sekadar tambah hutang dan korek tabung tanpa membina ekonomi untuk beri "bantuan" kepada mereka yang disusahkan korang, siapa pun boleh buat.

Mat Sabu dan Mahfuz pun boleh.

Faham belum?





Facebook Najib Razak


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma