[Video] Lelaki ditemui mati terapung, dipercayai tertekan dijangkiti Covid-19


[Video] Lelaki ditemui mati terapung, dipercayai tertekan dijangkiti Covid-19

Sumber: https://pakdin.my/157558 -

Seorang pesakit Covid-19 ditemukan mati dalam keadaan terapung di Sungai Perak berhampiran sebuah restoran di Dataran Udang Galah, Teluk Intan, Perak.   

Mayat mangsa, seorang lelaki berusia 54 tahun yang memakai baju dan seluar pendek dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 3.36 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam tempoh kuarantin bermula 18 Mac hingga hari ini dipercayai tertekan kerana dijangkiti Covid-19.

Ketika ditemui, mangsa masih memakai gelang berwarna merah jambu Kementerian Kesihatan (KKM) di pergelangan tangan kiri.

“Menurut kakak mangsa, adiknya masih bujang serta tinggal berseorangan di Teluk Intan. Kali terakhir dia berhubung dengan mangsa, kelmarin.

“Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah dari Jumaat lalu hingga hari ini,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemukan apa-apa kesan luka luaran disebabkan perbuatan jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma