[Video] Dua lelaki tahan, ugut pemandu ambulans dicekup




[Video] Dua lelaki tahan, ugut pemandu ambulans dicekup

Sumber: https://pakdin.my/157607 =

KLANG - Dua lelaki yang tular mengejar dan menahan sebuah ambulans dalam perjalanan membawa seorang pesakit ke Hospital Sri Kota untuk mendapatkan rawatan dialisis ditahan pada Jumaat.

Lelaki berusia berusia 53 dan 30 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 4 petang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku kira-kira jam 2 petang Khamis dan pemandu ambulans berkenaan membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Klang kira-kira jam 2.33 petang.

Hoong Fong memberitahu, ambulans terbabit melalui kawasan Jalan Tepi Sungai Klang dan didapati sebuah van jenis Toyota Hiace berwarna putih memandu secara rapat dari arah belakang ambulans.

Pemandu ambulan memberi amaran kepada pemandu van terbabit supaya tidak berada terlalu rapat sebelum ambulan berkenaan dikejar oleh dua lelaki.

Pemandu tersebut menegur pemandu van dengan menggunakan pembesar suara supaya menjarakkan kenderaan.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal Modenas Kriss memberhentikan motosikal di hadapan ambulans berkenaan dan menghalang pergerakan mereka, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, selepas menghalang pergerakan ambulan berkenaan, suspek yang menaiki motosikal menghampiri pintu bahagian pemandu dan mengarahkannya untuk turun dari kenderaan manakala van tersebut berhenti di tepi ambulan tersebut.

Suspek yang menaiki motosikal cuba menghalang pergerakan ambulans berkenaan

Pemandu bertindak mengundurkan ambulan untuk mengelak kedua-dua kenderaan suspek lalu terus memecut dan menuju ke hospital untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku

Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau, katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam dan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan halangan salah.

Permohonan reman akan dibuat terhadap suspek di Mahkamah Klang pada Sabtu.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL