[Video] Ibu tikam 3 anak selepas mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya membunuh


[Video] Ibu tikam 3 anak selepas mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya membunuh

Selanjutnya di: https://pakdin.my/157425 -

BANYAK sebenarnya cerita berkaitan serangan atau kes pembunuhan yang dilaporkan di media sosial dikatakan didorong oleh bisikan ghaib.

Sama ada di bawah pengaruh dadah, minuman keras atau ubat-ubatan, punca kejadian seumpama itu rata-ratanya sehingga kini masih belum diketahui kebenarannya.

Namun, apa yang menyedihkan, mangsa kebanyakan ahli keluarga sendiri termasuklah ibu bapa, mahupun anak yang masih kecil.

Insiden menakutkan yang terjadi di Dukuh Sokawera, Brebes, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini turut menggemparkan ramai pihak.

Mana tidaknya, tiga kanak-kanak menjadi mangsa rasukan ibunya apabila seorang daripada mereka dibunuh dengan kejam.

Lapor kompas.com, kejadian pada waktu Subuh itu berlaku selepas jiran berhampiran rumah mangsa mendengar jeritan meminta tolong.

Suara pekikan itu dipercayai datang daripada kanak-kanak yang cuba menyelamatkan diri daripada serangan ibunya di dalam sebuah bilik.

Menurut laporan portal tersebut, mak cik mangsa yang tinggal serumah terkejut mendengar suara kanak-kanak menjerit meminta tolong dari dalam bilik berkenaan.

Apabila wanita itu yang dikenali dengan nama Hamidah cuba membuka dari luar, pintu berkenaan terkunci rapat dari dalam.

Bimbang insiden menakutkan terjadi terhadap tiga anak saudaranya, wanita berkenaan terus meminta tolong jiran berhampiran untuk membuka pintu bilik terbabit.

Alangkah terkejutnya mereka apabila sebaik sahaja pintu berjaya dipecahkan, orang ramai berteriak ketakutan selepas melihat seorang kanak-kanak terbaring kaku dengan kesan luka pada leher.

Kedua-dua beradik berkenaan dilaporkan nyaris maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian leher dan dada.


PENGAKUAN

Ketika kejadian mengerikan tersebut, suspek yang juga ibu kandung mangsa dikatakan hanya duduk dengan lengkap bertelekung sambil melihat anaknya dibawa pergi oleh jiran-jiran.

Portal Kompas melaporkan, motif pembunuhan tersebut masih dalam siasatan pihak polis, namun apa yang membuatkan ramai terkejut apabila mendengar pengakuan suspek.

Wanita berusia 35 tahun berkenaan mengakui mendengar bisikan ghaib yang menyuruhnya membunuh ketiga-tiga anaknya.

Pelaku yang juga seorang jurusolek tersebut dikatakan seorang yang pendiam dan tidak pernah melakukan sesuatu yang membimbangkan sebelum ini.

Ketika kejadian, suami suspek berada di luar kawasan.

Sama ada mengalami isu rumah tangga atau masalah mental, semua itu masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam perkembangan lain, video pengakuan suspek dikatakan mahu bertaubat tular di media sosial selepas kejadian berdarah tersebut.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut mengaku mahu membunuh ketiga anaknya kerana tidak mahu hidup mereka susah seperti yang dialaminya sebelum ini.

Perkembangan terkini dilaporkan kedua adik beradik itu dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Rumah Sakit Aminah Bumiayu.

SinarPlus tidak dapat membayangkan ketakutan yang dialami kanak-kanak tidak berdaya tersebut yang cuba untuk menyelamatkan diri daripada serangan ibunya.

Boleh jadi kejadian mengerikan tersebut meninggalkan trauma terlalu dalam buat mereka, apatah lagi kehilangan adik beradik depan mata.

Bagi mereka yang berdepan masalah depresi atau tekanan, dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan pakar bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma