[Video] 15 lelaki samun guna kayu besbol


[Video] 15 lelaki samun guna kayu besbol

Sumber: https://pakdin.my/157917  ......

KAJANG: Sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan premis terbabit, 9.35 malam, kelmarin.

"Semasa pengadu sedang bekerja di premis berkenaan, dia diserang sekumpulan lelaki dianggarkan 15 orang menggunakan kayu besbol.

"Suspek kemudian memecah masuk ke dalam premis dan melarikan peralatan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu dianggarkan bernilai RM70,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, suspek menggunakan Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora.

"Kenderaan pengadu juga dirosakkan oleh suspek semasa dia cuba menghalang mereka melarikan diri.

"Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL