Lip Eng dakwa ada Menteri, Timbalan Menteri PN akan sertai Umno


Lip Eng dakwa ada Menteri, Timbalan Menteri PN akan sertai Umno

Selanjutnya di: https://pakdin.my/156960 -

DAKWAAN terdapat cadangan sebelum ini agar Perikatan Nasional (PN) mengadakan rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menentang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebagai tidak berasas.

Perkara itu dinafikan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menyifatkan pendedahan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berhubung perkara itu semalam, sebagai cerita dogeng .

Sebaliknya, Lip Eng berkata, beliau mendapat maklumat ada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terutama di kalangan Menteri PN akan menyertai Umno susulan kekalahan gabungan itu pada PRN Johor, Sabtu lalu.

“Saya ingin mengatakan bahawa dakwaan Ahli Parlimen PAS Khairuddin Aman Razali bahawa terdapat cadangan agar PH mengadakan rundingan kerusi dengan PN bagi menentang BN dalam PRN Johor adalah cerita dongeng semata-mata dan tidak berasas.

“Daripada maklumat yang saya terima, selepas PN kalah teruk di PRN Johor, kebanyakkan Ahli Parlimen dan ADUN  dari PN (PAS dan Bersatu) khususnya menteri-menteri dan timbalan menteri ingin menyertai Umno,” katanya.

Beliau mendakwa langkah untuk menyertai Umno itu dibuat kumpulan itu demi menyelamatkan jawatan dan kuasa dalam kerajaan.

“Ini kerana mereka sedar yang rakyat sudah muak dengan PN yang gila kuasa dan hanya pentingkan poket sendiri,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Khairuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS mendedahkan terdapat cadangan sebelum ini agar PN mengadakan rundingan kerusi dengan PH bagi menentang BN dalam PRN Johor.

Khairuddin berkata, sekiranya persetujuan itu dicapai, beberapa kerusi akan dapat dirampas PN dan PH daripada BN, dengan memberikan contoh DUN Bukit Pasir, Serom dan Tenggaroh.

Namun, katanya, PAS menolak cadangan itu atas dasar prinsip.

Justeru, Khairuddin berharap agar cadangan sedemikian tidak ditimbulkan lagi buat kali kedua hanya semata-mata demi meraih kemenangan.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL