[Video] BMW terbakar cetus gempar


[Video] BMW terbakar cetus gempar

Sumber: https://pakdin.my/157878 ......

SUNGAI BESAR: Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Persekutuan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Sungai Nipah, di sini, gempar selepas sebuah kereta mewah BMW terbakar, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis.,berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.50 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, sebuah kereta didapati terbakar dan operasi memadam kebakaran dijalankan. Kejadian tidak membabitkan mangsa, namun kereta itu musnah 80 peratus. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

namun kereta itu musnah 80 peratus. Punca kebakaran dan nilai kerugian 

masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.




Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL