[Video] Lelaki dipercayai tembak mati pengawal keselamatan diberkas


[Video] Lelaki dipercayai tembak mati pengawal keselamatan diberkas

Selanjutnya di: https://pakdin.my/156850 -

PUCHONG - Polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek diberkas di sekitar kawasan Shah Alam kira-kira jam 7 petang.

"Suspek merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an.

"Siasatan awal dijalankan mendapati suspek ini bergerak seorang diri, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Jumaat, suasana di sekitar kawasan Puchong Prima gempar apabila seorang , manakala rakannya cedera ditembak berhampiran sebuah bank di sini.




Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因